Connect with us

Trending

Kanak-kanak usia 12 tahun jaga ibu strok di hospital, tak kisah makan & tidur di lantai

Published

on

Demi ibu tersayang, kanak-kanak usia 12 tahun sanggup makan dan tidur di lantai wad sambil menjaga ‘syurganya’ yang terlantar disebabkan strok.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai norasni31, dia telah memuat naik momen sewaktu melihat kanak-kanak lelaki yang melakukan tugas menjaga dan mengurus ibu tersayang seorang diri di hadapan katilnya.

Kanak-kanak usia 12 tahun uruskan ibu di katil hospital

Ujar pengguna Tiktok itu lagi, kanak-kanak yang dikenali sebagai Iman itu merupakan anak tunggal dan menguruskan ibunya tanpa bantuan sesiapa.

“Ni adik Iman, umur 12 tahun. Anak tunggal,”
“Sepanjang aku berada di sini, dia sorang-sorang jaga ibu dia yang terkena strok. Tak duduk diam dia  untuk memastikan ibu dia betul-betul dalam keadaan selesa.
“Dia yang akan tukarkan pampers ibu dia, lapkan badan ibu dia. Dia buat sendiri tanpa ada bantuan sesiapa,” ujarnya.

Ibu Kanak-kanak usia 12 tahun itu adalah ibu tunggal

Lebih membuatkan ramai sebak apabila mengetahui bahawa ibu kepada adik Iman juga merupakan ibu tunggal.

Ujar nosrani31, doktor juga tidak pasti sama ada Iman faham ataupun tidak apa yang diterangkan tentang keadaan ibunya kerana dia masih lagi kecil untuk menghadapi ujian berat ini.

“Ibu Iman, ibu tunggal, dia hanya iman sahaja.
“Doktor sendiri tidak tahu sama ada Iman faham ataupun tidak, apa yang diterangkan, apa yang perlu Iman buat dalam umur yang berusia 12 tahun ini.”
“Semoga Iman kuat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak seawal usia 12 tahun,” tulisnya lagi.

Ibu sudah pulang ke rumah, dijaga ahli keluarga & Iman sudah ke sekolah

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen di TikTok tersebut, seorang pengguna memaklumkan yang ibu kanak-kanak berkenaan sudahpun dibenarkan pulang ke rumah.

Dia telah dijaga secara bergilir-gilir oleh adik beradik ibunya dan Iman juga sudah kembali ke sekolah.

Subhanallah, besar pahala si anak

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Tiktok berkenaan benar-benar menyentuh hati ramai memandangkan melihat kanak-kanak di usia Iman sepatutnya masih lagi diuruskan oleh ibu bapa.

Tindakan murni yang dilakukan Iman telah mendapat pujian dan rata-rata kagum dengan apa yang dilakukan olehnya walaupun masih di usia muda.

Alhamdulillah, rezeki ibu dapat anak sebaik Iman

Ayahnya juga ada datang

Semoga ibu Iman diberi kesembuhan dan dapat melihat anak yang berbakti ini membesar menjadi seorang yang berjaya. InsyaAllah.

Sumber: TikTok@norasni31

 

PEMBERITAHUAN: Pihak Harian Bebas tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana komen negatif, berbaur ancaman serta mengaibkan mana-mana pihak. Sila pastikan anda berpikir panjang sebelum menulis apa-apa komen anda disini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version