Trending
Lelaki Selamat, Dua Ahli Keluarga Maut Selepas Dua Bulan Hanyut Tengah Laut
Seorang lelaki warga Rusia diselamatkan bersama dua mayat di dalam sebuah bot setelah dua bulan menghilang, lapor AFP.
Mangsa dikatakan menuju ke Pulau Sakhalin dari daerah Khabarovsk pada 9 Ogos bersama abang dan anak saudaranya dengan menaiki bot pelampung katamaran. Bot tersebut ditemui di tengah-tengah laut yang membeku sekitar jam 10 malam pada Isnin.
Sebuah bot memancing menemui mangsa di Laut Okhotsk kira-kira 1,000 kilometer dari tempat bot mangsa memulakan perjalanan.
Ketika ditemui, mangsa berada bersama dua mayat yang dikenal pasti sebagai abangnya, Sergei, 49 tahun dan anak saudaranya, Ilya, 15 tahun.
Mangsa dikatakan menuju ke Pulau Sakhalin dari daerah Khabarovsk pada 9 Ogos bersama abang dan anak saudaranya dengan menaiki bot pelampung katamaran. Bot tersebut ditemui di tengah-tengah laut yang membeku sekitar jam 10 malam pada Isnin.
Sebuah bot memancing menemui mangsa di Laut Okhotsk kira-kira 1,000 kilometer dari tempat bot mangsa memulakan perjalanan.
Terdahulu, pihak penyelamat telah melancarkan operasi menggunakan helikopter dan pesawat beberapa hari selepas ketiga-tiga mereka hilang. Ketika itu, bot yang dinaiki mangsa disyaki dibawa arus deras ke arah Kamchatka.
Isteri mangsa mendakwa suaminya selamat dari malapetaka tersebut disebabkan berat badannya yang mencecah 100 kilogram. Media melaporkan mangsa hanya seberat 50 kilogram ketika ditemui.
“Suami mungkin terselamat disebabkan faktor berat badannya yang kira-kira 100 kilogram,” katanya.
Menurut doktor yang merawat, Yury Lednev, mangsa mungkin mengalami hipotermia.
“Keadaan mangsa kurang stabil,” ujarnya.
Dalam pada itu, pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap dua mayat yang ditemui bersama mangsa. Polis pengangkutan melakukan siasatan berkemungkinan berlaku perlanggaran peraturan keselamatan yang bakal menyebabkan mangsa dihadapkan pertuduhan jenayah. Mangsa turut berisiko menerima hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Ahli keluarga mangsa memberitahu, mangsa yang bekerja sebagai seorang pemandu di Sakhalin telah menjemput abang dan anak saudaranya untuk melawatnya. Kedua beradik yang berasal dari Ulan-Ude, Siberia itu merancang untuk ke laut untuk melihat ikan paus.
Sumber: AFP