Connect with us

Trending

Cik B main telefon dalam kelas? Netizen tempelak sia-sia belajar jauh

Diterbitkan

pada

Tindakan anak perempuan kedapa usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B yang dilihat bermain telefon bimbit ketika berada dalam kelas sewaktu kuliah sedang dijalankan mengundang cemuhan netizen.

Menerusi video yang tular dimuat naik di TikTok milik @cikbsalmonofficial, memaparkan remaja berumur 19 tahun itu menghadiri salah satu kelas di London sabil dirakam oleh ibunya yang turut menyertai sesi kuliah berkenaan.

Cik B main telefon dalam kelas?

“Cik B takpayah susah-susah dah suruh videografer rakam Cik B. Sebab bila mama dah jumpa Cik B, mama la tukang rakam,” tulis pengendali akaun TikTok itu, pada Khamis.

@cikbsalmonofficial cikb x payah susah2 dah suruh videografer record cikb..sbb bila mama dh jumpe cikb..mama la tukang record🤣#fypシ゚viral #cikbhavoc #viraltiktok #masukberandafyp #pageforyou #viral #datoserivida ♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat tersebut, usahawan produk salmon salted egg itu sedang asyik melayari telefon bimbitnya ketika pensyarah sedang mengajar silibus mengenai perniagaan.

Tak berbaloi belajar jauh-jauh

Susulan itu meninjau ke ruangan komen menerusi video tersebut, reaksi segelintir netizen seolah-olah mengecam Cik B yang dikatakan tidak fokus dan menghormati pensyarah yang sedang mengajar kerana bermain telefon sewaktu kuliah berjalan.

Kita ni orang Melayu, penuh dengan adab

Golongan kaya masuk kelas

Tak ada adab menuntut ilmu

 

Bukan tak fokus kelas, Cik B cari bahan penterjemah bahasa

Namun begitu, pengendali akaun TikTok tersebut memuat naik sebuah lagi video baharu menjelaskan bahawa penyanyi lagu Tolonglah Aku itu sebenarnya bukan tidak fokus tetapi gigih mencari bahan terjemahan menghadapi kekangan dalam memahami silibus.

Dimaklumkan bahawa memang pensyarah kelas tersebut sudah memeberi izin untuk Cik B menggunakan telefon bimbit bagi memudahkannya memahami topik pembelajaran.

Terdahulu, Vida telah menghantar anak perempuan tunggalnya itu bagi melanjutkan pembelajaran ke Sepanyol, pada bulan Oktoner yang lalu malah sanggup berbelanja sekitar RM500.000  sebulan.

Sumber: TikTok @cikbsalmonofficial

 

PEMBERITAHUAN: Pihak Harian Bebas tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana komen negatif, berbaur ancaman serta mengaibkan mana-mana pihak. Sila pastikan anda berpikir panjang sebelum menulis apa-apa komen anda disini.

Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *